Monday, December 14, 2009

Kafir yang bagaimana yang wajib diperangi?















Kafir yang bagaimana yang wajib diperangi? Satu tajuk yang mungkin ramai tertanya-tanya. Kafir ini ada kategori ke? Di sini ingin saya jelaskan.



Golongan kafir
. Mereka terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:

a.
Kafir Harbi – iaitu mereka yang menzahirkan permusuhan terhadap umat Islam samada seperti menyerang, membunuh, menyiksa, menekan, dan sebagainya. Sebagai contoh, golongan Yahudi Zionis yang menyerang umat Islam di Palestin.

b.
Kafir dzimmi – iaitu golongan kafir yang tidak menzahirkan permusuhan dengan umat Islam samada yang tinggal bersama umat Islam ataupun yang mendiami Negara yang berasingan dan tidak memusuhi umat Islam secara jelas.

Hanya kafir harbi yang wajib kita perangi. Dalam isu jihad atau perang Islam juga telah beri aturan bagaimana cara hendak berperang malah cara mengunting kuku sekali pun Islam ada aturkan. Perang dalam islam diwajibkan ke atas orang lelaki sahaja iaitu yang sudah akil baligh dan berakal. Golongan tua tidak diwajibkan tetapi sekiranya mereka mahu Islam mengalu-alukan sama juga dengan kaum hawa.

Islam mengajar umatnya berperang dengan cara tidak membunuh kaum hawa, orang-orang tua, kanak-kanak, tidak menghapuskan hasil ternakan berupakan binatang walaupun liar sama sekali dan hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Betapa cantiknya aturan islam yang diberikan Allah kepada hambaNya. Wallahualam..




Sunday, December 13, 2009

Bagaimana Islam Membahagikan Kekayaan Hasil Bumi?



Bagaimana Islam Membahagikan Kekayaan Hasil Bumi? Sebuah tajuk ramai umat Islam tidak terfikir pada hari ini. Allah S.W.T beri banyak kekayaan hasil bumi terhadap negara-negara Islam.
Ya, sememangnya negara Islam lah negara yang paling kaya dengan hasil bumi tetapi negara itu tetap miskin. Mengapa? Adakah para pembaca fikirkan..

Bagaimanakah sebuah negara itu kaya dengan hasil bumi boleh jatuh miskin seperti negara Afghanistan? Mengapa mereka tidak jadi kaya? Ke mana hasil bumi mereka? Tajuk ni lah yang ingin saya kupas bersama para pembaca.

*Pihak kuffar telah mengaut keuntungan berbilion-bilion dari hasil bumi orang-orang Islam secara sedarnya. Bagaimana mereka lakukan? Mereka telah datang ke negara-negara Islam yang kaya ini dan ingin megaturkan semua hasil galian tersebut. Mereka telah membuat perjanjian terhadap kerajaan Islam dengan cara hasil yang mereka keluarkan keuntungannya 80 % hak mereka kerana mereka yang usahakan dan 20 % beri kepada kerajaan dan hasil 20 % inilah diberikan kepada rakyat dengan cara rakyat terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk mendapatkannya.

Sekiranya bukan dari *pihak kuffar yang menguruskan, kerajaan mesti mencari jalan dengan mencari syarikat-syarikat swasta contohnya seperti negara kita. Hasil petroleum diusahakan oleh pihak Petronas. Kerajaan telah membuat perjanjian terhadap syarikat ini. Syarikat Petronas cari jalan dengan meminjam dari mana-mana bank untuk membelanjai kos pengurusan minyak. Dengan cara itu dari sumber hasil petroleum 80% keuntungan diambil dan 20% diberikan kepada kerajaan. 20% dari petroleum inilah diberikan kepada rakyat dengan cara rakyat terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan petroleum. Kita tertanya-tanya mengapa 80 % itu diberikan kepada pihak Petronas. Sangat banyak bukan?

Dari 80% keuntungan petroleum inilah sumber minyak kita dieksport keluar negara dengan keuntungan berlipat kali ganda dikaut oleh pihak Petronas. Sekiranya kerajaan dapat dari hasil itu hanya dari cukai yang mereka kenakan terhadap Petronas untuk proses eksport.

Inilah yang menyebabkan umat islam dan rakyat dalam sesebuah negara mundur dan menjadi miskin. Hasil bumi mereka banyaknya dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimana pula cara Islam? Dalam pandangan sistem ekonomi Islam, harta kekayaan yang ada di bumi ini tidaklah bebas untuk dimiliki oleh individu, sebagaimana yang ada dalam pemahaman sistem ekonomi kapitalisme. Pandangan Islam juga tidak seperti sosialisme, yang memandang bahawa harta kekayaan yang ada di bumi ini hanyalah untuk dimiliki oleh negara. Di dalam sistem ekonomi Islam, status kepemilikan terhadap seluruh harta kekayaan yang ada di bumi ini dapat dikategorikan kepada 3 bahagian:

Pertama: Kepemilikan individu, iaitu hukum syara’ yang berlaku bagi zat atau manfaat tertentu, yang memungkinkan bagi yang memperolehnya untuk memanfaatkannya secara langsung atau mengambil kompensasi (’iwadh) dari barang tersebut.

Kedua: Kepemilikan umum, iaitu izin asy-syar’i kepada suatu komuniti untuk bersama-sama memanfaatkan suatu benda.

Ketiga: Kepemilikan negara, iaitu harta yang tidak termasuk kategori milik umum melainkan milik individu, namun barang-barang tersebut terkait dengan hak kaum muslimin secara umum.

Dari pembahagian di atas Islam telah mengkategorikan petroleum sebagai harta milik umum (milkiyyah al-’ammah) dalam erti kata syara’ telah memberi izin untuk rakyat menggunakan dan memanfaatkannya secara bersama tidak sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan sekular Kapitalis hari ini yang memilik individukan petroleum kepada kepada syarikat swasta seperti Petronas. Dalam kedudukan hari ini rakyat hanya ’digula-gulakan’ dalam bentuk wang ihsan ataupun royalti.

Petroleum adalah milik seluruh umat Islam. Di dalam Islam, Asy-Syaari' (Allah Subhanahu wa Ta’ala) telah menetapkan bahawa petroleum adalah termasuk dalam hak milik awam (milkiyyah al-'ammah), dan bukannya hak milik negara atau negeri. Hak milik awam atau harta benda awam (public properties) adalah suatu ‘aset’ yang mana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan pemilikan(ownership)nya kepada semua Muslim secara sama rata. Allah membenarkan setiap individu muslim ‘memanfaatkannya’ (menggunakannya), tetapi setiap individu itu dilarang ‘memilikinya’. Di dalam Islam, aset (harta benda awam) ini dapat digolongkan kepada tiga kategori:-

(1) Keperluan awam (public utilities), yang mana masyarakat bergantung kepadanya di dalam kehidupan;

(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya); dan

(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau berlebih-lebihan dan bekalannya tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan yang seumpamanya)

Semua aset di atas adalah hak milik awam (milkiyyah 'ammah) yang mesti dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan tidak boleh (haram) dimiliki oleh mana-mana individu, syarikat swasta mahupun negara, apatah lagi dimiliki untuk dikaut keuntungannya (sebagaimana berlaku sekarang). Petroleum termasuk ke dalam ketegori yang ke-3, iaitu bahan galian dalam kuantiti yang banyak. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan perkara ini dalam satu hadis.

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (dan harganya adalah haram). Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah]. Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah SAW benarkan bagi semua orang untuk berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang menghalangi orang lain dari menggunakannya. Tidak ada seorang manusia pun boleh ‘mengindividukan’ atau menswastakan suatu aset yang Allah telah sediakan kepada awam.

Pembahagian hasil bumi itu diserahkan kepada kerajaan. Kerajaan jugalah yang membahagi-bahagi hasil itu dengan rakyat tanpa sedikit bayaran pun dari seorang individu rakyat apabila ingin mengunakan hasil dari perut bumi itu. Dengan cara inilah umat tidak jadi miskin. Hasil bumi semua mereka dapat dengan percuma. Tiap-tiap bulan masuk ke dalam akaun masing-masing.Wallahualam..

*pihak kuffar ialah negara-negara kafir

Pemimpin Wahabi Difitnah

Siapakah pemimpin wahabi yang sebenarnya? Beliau ialah Muhammad Bin Abdul Wahab. Beliau dilahirkan pada kurun ke 18 semasa pergolakan dalam dunia Islam. Untuk mengetahui biodata beliau boleh rujuk di http://id.wikipedia.org/wiki/Muhammad_bin_Abdul_Wahhab

Semasa beliau hidup beliau telah nampak pada ketika itu negara-negara Islam khususnya negara2 Arab telah berpecah. Apa yang beliau lakukan ialah mengajak seluruh umat Islam berjihad. Dalam pada masa itu beliau juga menghapus amalan-amalan khurafat. Beliau bermazhabkan Imam Hanbali.

Dalam pada waktu itu, pihak Britian, Perancis, dan Itali telah nampak usaha beliau. Pihak kuffar ini risau jika negara-negara Islam bersatu dan melancarkan jihad. Apa yang pihak kuffar ini lakukan ialah berbincang dengan sesama mereka dan mencipta pelbagai fahaman-fahaman baru untuk memecah belahkan umat Islam ketika itu. Contohnya seperti fahaman liberal dan sebagainya.

Dengan cara fahaman ini dicampakkan ke dalam minda umat Islam ketika itulah mereka berjaya menghalang Muhammad Bin Abdul Wahab untuk menyatukan Umat Islam. Ketika itu juga, pihak kuffar setuju sekiranya amalan khurafat seperti adat-adat yang boleh mendatang syirik dalam Islam dilakukan kerana ia boleh menyatukan kaum arab iaitu orang Islam walhal dengan cara amalan khurafat itu umat islam berpecah menjadi berpuak-puak dan tidak mahu bercampur sesama Islam.

Setelah kematian beliau ramai pengikut-pengikut beliau beralih arah dan tidak memperjuangkan apa yang dijuangkan oleh Muhammad ini malah mereka menfitnah pemimpin mereka ini. Itulah yang amat kita sedih dan kesali. Sebenarnya cara Muhammad ini adalah untuk menyatu padukan umat Islam bukan mengkafirkan umat Islam dengan pelbagai fahaman.

Saya sebagai penulis amat kesal bila ada pihak mengatakan wahabi itu sesat tidak bertahlil padahal tahlil itu ialah mengucap kalimah syahadah Lailahailallah Muhammadur Rasulullah. Jika golongan wahabi ini mengucap kalimah syahadah ini adakah mereka tidak bertahlil. Saranan saya janganlah sesekali mengkafirkan umat Islam selagi mereka beraqidah dengan kitab Al Quran, As Sunnah, Ijmak Para Sahabat dan Qias.

Saya sebagai penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan. Wallahualam.. Jadikanlah ikhtibar melalui sejarah-sejarah kegemilangan Islam.