Thursday, March 25, 2010

Amalan Al-Quran Untuk Pulih Penyakit Gangguan Jin dan Syaitan

Assalamualaikum kepada para pembaca blog. Baru-baru ni keluarga ana telah diganggu oleh gangguan makhluk halus. Alhamdulillah, berkat dari pertolongan Allah gangguan itu dapat ditumpaskan dengan bantuan ustaz bersama sahabat ana. Di sini ana ingin berkongsi amalan untuk memulihkan gangguan jin dan syaitan. Ana dapat dari ustaz. Amalan bacaan ini diperoleh dari seorang syeikh dari Yaman. Semoga ianya bermanfaat kepada kita. Amalan ini tiada had dan boleh dilakukan sepanjang hayat.




Klik pada gambar untuk besarkan. Anda boleh save di pc/laptop anda dan print.

Wednesday, March 10, 2010

Mazhab atau Salafi?

Assalamualaikum kepada pembaca blog ana. Sudah agak lama ana tidak menulis blog. Semalam ana telah berbicara dengan sahabat ana berkaitan Mazhab dan Salafi yang selama ini bermain dibenak ana. Yang mana satu ana harus ikuti, mazhab atau salafi? Antum mungkin pernah tertanya-tanya hal ini dalam pemikiran antum semua. Di sini ana ingin berkongsi pengetahuan dan kesimpulan di atas perbincangan ana dengan sahabat baik ana.

Salaf secara bahasa merujuk kpd yang terdahulu, atau terawal.

Salaf dari sudut istilah/syar'i adalah merujuk kepada generasi awal umat Islam, terutamanya golongan ulama dari kalangan sahabat, Tabi'in, tabi' tabi'n

Salafi pula, merujuk kpd golongan yang mengikuti salaf dengan baik.



Mazhab ni adalah kerangka pendapat atau methode penilaian sesuatu kelompok.

Kalau di zaman awal, mazhab ni tidaklah dibahagikan kpd Syafi'e, maliki, hanbali, hanafi, tsauri, Zahiri, atau seumpamanya...

Tetapi turut dibahagikan mengikut tempat seperti mazhab basrah, mazhab kuffah, mazhab syam

dan seumpamanya...

Kerangka pendapat yang lahir di basrah, akan dinamakan atau dipanggil sbg mazhab basrah.

Koleksi hasil ijtihad yang terbentuk oleh golongan ulama dari hijjaz, akan disebut mazhab hijjaz

begitulah seterusnya...

Begitu juga dengan mazhab seperti syafi'e, maliki, hanafi... dll...

Mazhab syafi'e adalah merujuk kpd himpunan pendapat yang lahir dari imam Syafi’e bersama para ulama lainnya yang mengikutinya selepasnya...

begitulah seterusnya...

walau bagaimana pun... mereka semua adalah bermazhab salaf...

Iaitu, mereka berusaha untuk mengeluarkan pendapat adalah berpandukan kpd kefahaman para salaf (pendahulu umat Islam) dalam menilai al-Qur'an dan hadis...

Terutamanya dalam persoalan aqidah...

memang mereka akan merujuk terus kpd para salaf sebab aqidah ni, secara umumnya, ianya telah baku..

Berbeza dengan hukum-hakam atau persoalan fiqh yg mana ia adakalanya boleh dipengaruhi oleh geografi, masa, zaman, atau situasi...

Mazhab juga boleh terbentuk disebabkan penerimaan hadis bagi satu-satu ulama di satu2 tempat itu berbeza...

Pada zaman dahulu tak ada kemudahan komunikasi seperti sekarang...

Jadi, adalah menjadi kebiasaan, sesuatu hadis tu ada yang tidak sampai pada seseorang ulama pada satu2 tempat utk masa2 tertentu...

Sebab tu, wujudnya kisah para ulama bermusafir sepanjang masa demi mengumpulkan hadis dari satu akwasan ke satu kawasan...

Apabila hadis ada yang tidak sampai, maka di situlah berlakunya perbezaan pendapat utk satu2 ulama dengan ulama lainnya...

Yang akhirnya menghasilkan mazhab...

itu hanya salah satu faktor, ada juga beberapa faktor lainnya...

*(mcm imam syafie berjumpa dengan imam malik.)

Imam Syafie terkenal dengan pembahagian pendapatnya kepada dua iaitu qaul (pendapat) qadim (lama), dan qaul jadid (pendapat baru). Pendapat lama aadalah sebelum beliau berhijrah. Pendapat kedua, adalah selepas beliau berhijarah ke bashrah (seingat saya).



Kesimpulannya..

kita mengikuti kesemua mazhab...

sebab, mereka semua adalah ulama...

Maksud mengikuti semua mazhab, adalah mengambil pendapat yang terbaik, iaitu yang paling mendekati kpd kebenaran. Dilihat dari sisi hujjahnya, iaitu al-Qur'an dan hadis di atas kefahaman para salaf.

Mengkhususkan kepada hanya satu mazhab, adalah suatu kesalahan yg sangat besar! Sebab Allah memerintahkan kita supaya mengikuti al-Qur'an dan as-Sunnah di atas fahaman para salaf (generasi awal umat Islam).

Bila hanya mengikuti satu mazhab, bermakna kita telah menyempitkan cara utk beragama.Wallahualam…