Sunday, April 6, 2008

Hadis Minum Dan Makan Sambil Berdiri

Soalan telah ditanya kepada Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:

Syaikh yg dihormati,

apakah pndangan anda tentang darjat hadis daripada Ibn Umar yg berbunyi:

" كنا نأكل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نمشي ونشرب ونحن قيام

[kami biasa makan pada masa Rasullallah SAW masih hidup, dan kami (makan) sambil berjalan, dan (kami) minum sambil kami berdiri]?

Jawab syaikh:
Hadis ini terdapat cacat padanya. Ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibn Majah, dan Ibn Hibban (dalam Sahihnya). Semuanya adalah dari jalan sanad Hasf bin Ghiyasth daripada Ubaidullah bin Umar daripada Nafi' daripada Ibn Umar.

Jika dilihat pada zahirnya sanad hadis ini ianya Sahih, ia telah dinilai sahih oleh Abu Isa (at-Tirmizi) dan Ibn Hibban dan lain-lain (antaranya al-Arnaouth menilai Sahih dlm tahqiq sahih Ibn Hibban no. 5325 akan tetapi beliau menarik balik penilaian sahih ini kepada Dhaif dalam tahqiq Musnad Ahmad hadis no. 4765, 4833, 5874, dan al-Albani juga menilai Sahih dlm tahqiq sunan Tirmizi no. 1880 (saya tidak pasti adakah beliau ada menarik balik atau tidak pendapatnya ini)- tambahan penterjemah)

Akan tetapi (sebenarnya) ianya ada keraguan (dilihat/fi hi nadzar), adalah tidak tepat untuk kita menilai sesuatu hadis itu hanya berdasarkan zahir sanad sahaja (tanpa melihat ilal (kecacatan tersembunyi) padanya jika ada).

Telah berkata Abu Isa at-Tirmizi (Imam Tirmizi) dalam kitab "ilal"nya : "aku bertanya (sanad) hadis ini kepada Muhammad (iaitu Muhammad bin Ismail al-Bukhari @ Imam Bukhari yg merupakan guru Imam Tirmizi), jawab Muhammad "hadis ini dilihat/dikritik (هذا حديث فيه نظر)".
Dan berkata Imam Yahya ibn Main (salah seorang guru Imam Bukhari) rahimahullah:


"tidak meriwayatkan seorangpun hadis ini kecuali Hasf dan aku tidak nampak kecuali Hasf telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, aku lihat dia telah mendengar hadis Imran bin Hudayr dan dia tertukar (tersilap) dengan yang ini"

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang (زجر ) minum sambil berdiri
(أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً)" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang
(نهى) rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri

(نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً) " beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.
Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansukh (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata:

"aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri (سقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من زمزم فشرب وهو قائم)"

hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata:

"Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang-berdiri-
(أتى عليّ رضي الله عنه على باب الرحبة فشرب قائماً فقال : إن ناساً يكره أحدهم أن يشرب وهو قائم وإني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم فعل كما رأيتموني فعلت)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa masalah/larangan (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.

Wallah-hu-a'lam (Allah lebih mengetahui)

Sumber: laman forum Multaqa Ahli Hadis di link (http://www.ahlalhdeeth.co...p?p=11884&postcount=6)

TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

________________________________________TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat




www.harakah.net

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Wahai insan...ingatlah kita di dunia ini hanya sementara...bila bila masa
sahaja nyawa ini boleh ditarik balik...bertaubatlah sementara sempat....
kerana mungkin kita tidak akan sempat......hanya Tuhan maha mengetahui... nilaikanlah perlakuan seharian kita...dan fikirkanlah...adakah kita akan sempat memohon ampun dan maaf.......kita manusia yg mudah lupa dan amat mudah diper daya dengan kemewahan dunia yg ...oleh itu...sentiasalah mengingati Tuhan..kelak ia mampu menghindarkan sebarang perbuatan yang mungkar....