Monday, December 14, 2009

Kafir yang bagaimana yang wajib diperangi?















Kafir yang bagaimana yang wajib diperangi? Satu tajuk yang mungkin ramai tertanya-tanya. Kafir ini ada kategori ke? Di sini ingin saya jelaskan.



Golongan kafir
. Mereka terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:

a.
Kafir Harbi – iaitu mereka yang menzahirkan permusuhan terhadap umat Islam samada seperti menyerang, membunuh, menyiksa, menekan, dan sebagainya. Sebagai contoh, golongan Yahudi Zionis yang menyerang umat Islam di Palestin.

b.
Kafir dzimmi – iaitu golongan kafir yang tidak menzahirkan permusuhan dengan umat Islam samada yang tinggal bersama umat Islam ataupun yang mendiami Negara yang berasingan dan tidak memusuhi umat Islam secara jelas.

Hanya kafir harbi yang wajib kita perangi. Dalam isu jihad atau perang Islam juga telah beri aturan bagaimana cara hendak berperang malah cara mengunting kuku sekali pun Islam ada aturkan. Perang dalam islam diwajibkan ke atas orang lelaki sahaja iaitu yang sudah akil baligh dan berakal. Golongan tua tidak diwajibkan tetapi sekiranya mereka mahu Islam mengalu-alukan sama juga dengan kaum hawa.

Islam mengajar umatnya berperang dengan cara tidak membunuh kaum hawa, orang-orang tua, kanak-kanak, tidak menghapuskan hasil ternakan berupakan binatang walaupun liar sama sekali dan hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Betapa cantiknya aturan islam yang diberikan Allah kepada hambaNya. Wallahualam..




2 comments:

ndzrh said...

salam...
muja,kafir tu ada bnyk bahagian..
bkn kafir harbi dan zimmi sahaja..
kalu naik f5,ad lagi nama2 kafir lain sprti kafir musta'man dan kafir muaa'had.....

Mujahid_Syahid said...

terima kasih ndzrh..Insyaallah. Saya buat rujukan dari masa ke semasa. Komen anda dan para pembaca amat dialu-alukan. Pembaca lain boleh rujuk di sini.
http://jihadbukankenistaan.com/menyelami-jihad/pembagian-orang-orang-kafir.html