Sistem demokrasi berparlimen yang dicipta oleh si kafir Lord Reid di Malaysia membahagikan kekuasaan kepada tiga - 1. Legislatif (badan yang membuat undang-undang) 2. Eksekutif (badan yang memerintah) 3. Judikatif (badan kehakiman). Secara teorinya ketiga-tiga kuasa ini mempunyai kuasa yang sama, tiada yang lebih tinggi dari yang lain, dan mereka masing-masing bertindak sebagai ‘check and balance’.
Namun, uniknya Malaysia adalah kerana badan Eksekutif dan Legislatif sebahagian besarnya terdiri dan dikuasai oleh orang-orang yang sama. Manakala badan Judikatif pula hanyalah menjalankan kuasa ‘mengikut kehendak’ badan Eksekutif, atau dengan kata lain hanya bertindak sebagai ‘rubber stamp’ badan pemerintahan.
Sistem demokrasi ini melahirkan sekumpulan manusia yang membuat undang-undang (Legislator) dan kononnya kuasa mereka akan di ‘check and balance’ kan oleh kuasa lain, walhasil mereka akan mempergunakan segala kuasa yang ada untuk terus kekal memerintah. Jika mereka perlu mempergunakan Sultan, mereka akan lakukannya, dan jika mereka perlu mempergunakan syaithan, pun mereka akan melakukannya. Dan mereka sekali-kali tidak pernah menjadikan Al-Quran dan Sunah sebagai ‘check and balance’ kuasa mereka. Inilah Trias Politica.
Di dalam Islam, kedaulatan adalah ditangan syarak (As-siyadah li asy-syar’i) Ini bermaksud kekuasaan Legislatif (menggubal undang-undang) hanyalah milik Allah semata-mata, bukan milik manusia. Maka dari itu, hanya Allah sahajalah yang menjadi Musyarri’ (Legislator) yang membuat/menetapkan hukum (undang-undang) untuk manusia dalam segala sesuatu, baik dalam masalah ibadah, mua’malah, uqubat (qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat) dan sebagainya. Tidak boleh (haram) sama sekali bagi manusia mana pun, baik secara individu mahupun beramai-ramai (majoriti) untuk membuat undang-undang, walau pun hanya satu undang-undang. Firman Allah,
“Menetapkan hukum hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57].
Allah juga berfirman,
“Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah” [TMQ al-A’raf (7):54].
Manakala rakyat adalah entiti yang memiliki kekuasaan (as-sulthah li al-ummah). Maksud ‘rakyat memiliki kekuasaan’ di sini adalah rakyatlah yang berhak memilih serta mengangkat penguasa (dengan bai’ah). Dan penguasa yang dimaksudkan di sini adalah ‘Khalifah’, bukan selainnya. Hadis-hadis tentang bai’ah menunjukkan bahawa kekuasaan adalah milik umat, yakni bahawa bai’ah itu berasal dari kaum Muslimin untuk Khalifah, bukan dari Khalifah untuk kaum Muslimin. Di antaranya adalah sabda Nabi,
“Kami telah membai’at Rasulullah untuk didengar dan ditaati, dalam hal yang kami sukai mahupun yang tidak kami sukai” [HR Bukhari].
Dalam hal ini (bai’ah), syara’ telah menetapkan bahawa orang yang wajib dilantik dan dibai’ah oleh rakyat adalah ‘Khalifah’ seorang sahaja
Dari segi pengqadhian (kehakiman - Judikatif), hak ini dipegang oleh Khalifah, atau orang yang dilantik oleh Khalifah untuk menjalankan kekuasaan tersebut. Dalam Islam, Khalifahlah yang mengangkat para qadhi (hakim) dan ini merupakan haknya sebagai Ketua Negara secara mutlak. Dan qadhi wajib memutuskan berdasarkan Al-Quran dan Sunah, bukannya berdasarkan undang-undang yang diluluskan secara majoriti oleh manusia di bawah sistem demokrasi berparlimen!
Apa yang jelas, sistem Islam di bawah Khilafah tidak pernah menjuzuk-juzukkan kuasa kepada tiga (Trias politica) sebagaimana di bawah sistem demokrasi. Khalifah dan segala struktur di bawah pemerintahannya adalah memerintah berdasarkan undang-undang Allah dan RasulNya, bukannya memerintah berdasarkan undang-undang ciptaan manusia sebagaimana di bawah sistem demokrasi sekarang.
Firman Allah SWT,
“...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (As-Sunah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ an-Nisa (4):59]
Umat Islam sepatutnya berusaha untuk mengembalikan undang-undang Allah dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang sebenar yakni Sistem Khilafah. Kenapakah masih terus berpegang teguh dengan demokrasi walhal telah terbukti demokrasi hanyalah sistem busuk dan keji yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kita semua. Rasulullah tidak mewarisi sistem demokrasi kepada para sahabat, tetapi Rasulullah mewarisi Sistem Khilafah kepada sahabat dan kepada umatnya. Jadi, kenapa dan sampai bila kita mahu hidup mewarisi sistem yang ditinggalkan penjajah, bukannya sistem yang ditinggalkan Rasulullah?
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment